Thursday, 21 April 2016

Pakej Mengikut Keperluan

Kaferamlah menguruskan juga beberapa pakej khas dari semasa ke semasa.

Masa kini, di kedai kampong Bharu, memandangkan majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar, maka kami menyediakan pakej jimat dengan harga RM2.00 - tawaran kueh 3 butir dan satu botol 500ml air mineral. 

Keperluan lain menurut permintaan dari pelanggan terdiri daripada berikut :

1. Kumpulan kecil pelajar untuk sambutan hari jadi.

2. Persatuan pelajar untuk majlis atau program aktiviti.

3. Guru-guru dalam program aktiviti sekolah.

4. Golongan korporat untuk menu ringkas semasa majlis mesyuarat.

5. Golongan dermawan dengan niat murni bersedekah pakej makanan ringgan dan kuih muih.

6. Golongan pengusaha Katering.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kueh Lapis




Kueh Lapis begitu sinonim dengan kueh kegemaran kebanyakkan kanak-kanak. Saya masih ingat lagi dalam usia yang kecil (belum masuk sekolah rendah), kueh lapislah yang amat menarik perhatian saya.

Ini adalah kerana karekternya yang mempunyai warna belang antara putih dan merah. Pada masa itu, kalau makan kueh lapis, saya akan makan mengikut lapisan.

Kueh lapis di perbuat daripada kombinasi tepung gandum, beras dan jagung. Ianya di adun bersama santan dan pewarna. Kueh lapis ini di sempurnakan melalui peroses kukusan.

Mengikut setengah pihak, kueh lapis bermula dari negara Barat, di mana ianya di kenali sebagai, "Thousand Layer Cake". Pada asalnya, lapisan terdiri dari 18 lapisan, di perkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

Kini kueh lapis di dapati dalam pelbagai kombinasi warna dengan adanya lebih banyak pewarna. Tetapi yang tetap segar membawa seribu memori adalah yang berwajah lapisan putih dan merah.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Karipap





Karipap di kenali di kebanyakkan negara di Asia Tenggara. Ianya boleh di temui selain dari Malaysia, di Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. 

Dalam budaya Inggeris ianya di kenali sebagai Curry Puff tetapi mempunyai perbezaan dari segi pasri. 

Kulit karipap berasaskan tepung gandum, dan senang di kenali melalui kelimnya di tepi. Kulitnya ada mempunyai 2 jenis, iatu kulit biasa (rata) ataupun berketak dengan garisan bulatan, lebih popular di kenali sebagar karipap pusing.

Karipap di gemari semua bangsa di Malaysia dan mempunyai pelbagai jenis inti.

Inti karipap yang lazim kita temui adalah seperti berikut :

1. Daging
2. Ayam
3. Kentang
4. Keledek
5. Sardin
6. Tuna


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, 18 April 2016

Hidangan berjadual





Di Kaferamlah kami mengutamakan hidangan sarapan yang pelbagai.

Di bawah adalah jadual hidangan :

1. Isnin - Meehun Goreng
2. Selasa - Makaroni Goreng bercili
3.Rabu - Mee Goreng
4. Khamis - Nasi Goreng
5. Jumaat - Nasi Goreng dan Meehun Goreng
6. Sabtu - Kueh Tiaw Goreng.


Nasi Lemak Bungkus





Nasi Lemak Bungkus di Kaferamlah sememangnya sedap kerana bungkusan di kekalkan menggunakan daun pisang.

Terutama pada yang ingin menjaga kelangsingan badan, nasi lemak bungus ini amatlah sesuai kerana ianya mengandungi nasi yg tidak banyak dan sambal yang secukupnya dan mengekalkan resepi melayu.

Kebiasaanya nasi lemak bungkus ini cepat habis kerana harga di Kaferamlah amat berpatutan. 

Nasi lemak bungkus ini amat sesuai untuk majlis yang kecil anda boleh buat tempahan dengan kami.