Thursday, 21 April 2016

Pakej Mengikut Keperluan

Kaferamlah menguruskan juga beberapa pakej khas dari semasa ke semasa.

Masa kini, di kedai kampong Bharu, memandangkan majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar, maka kami menyediakan pakej jimat dengan harga RM2.00 - tawaran kueh 3 butir dan satu botol 500ml air mineral. 

Keperluan lain menurut permintaan dari pelanggan terdiri daripada berikut :

1. Kumpulan kecil pelajar untuk sambutan hari jadi.

2. Persatuan pelajar untuk majlis atau program aktiviti.

3. Guru-guru dalam program aktiviti sekolah.

4. Golongan korporat untuk menu ringkas semasa majlis mesyuarat.

5. Golongan dermawan dengan niat murni bersedekah pakej makanan ringgan dan kuih muih.

6. Golongan pengusaha Katering.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kueh Lapis




Kueh Lapis begitu sinonim dengan kueh kegemaran kebanyakkan kanak-kanak. Saya masih ingat lagi dalam usia yang kecil (belum masuk sekolah rendah), kueh lapislah yang amat menarik perhatian saya.

Ini adalah kerana karekternya yang mempunyai warna belang antara putih dan merah. Pada masa itu, kalau makan kueh lapis, saya akan makan mengikut lapisan.

Kueh lapis di perbuat daripada kombinasi tepung gandum, beras dan jagung. Ianya di adun bersama santan dan pewarna. Kueh lapis ini di sempurnakan melalui peroses kukusan.

Mengikut setengah pihak, kueh lapis bermula dari negara Barat, di mana ianya di kenali sebagai, "Thousand Layer Cake". Pada asalnya, lapisan terdiri dari 18 lapisan, di perkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

Kini kueh lapis di dapati dalam pelbagai kombinasi warna dengan adanya lebih banyak pewarna. Tetapi yang tetap segar membawa seribu memori adalah yang berwajah lapisan putih dan merah.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Karipap





Karipap di kenali di kebanyakkan negara di Asia Tenggara. Ianya boleh di temui selain dari Malaysia, di Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. 

Dalam budaya Inggeris ianya di kenali sebagai Curry Puff tetapi mempunyai perbezaan dari segi pasri. 

Kulit karipap berasaskan tepung gandum, dan senang di kenali melalui kelimnya di tepi. Kulitnya ada mempunyai 2 jenis, iatu kulit biasa (rata) ataupun berketak dengan garisan bulatan, lebih popular di kenali sebagar karipap pusing.

Karipap di gemari semua bangsa di Malaysia dan mempunyai pelbagai jenis inti.

Inti karipap yang lazim kita temui adalah seperti berikut :

1. Daging
2. Ayam
3. Kentang
4. Keledek
5. Sardin
6. Tuna


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, 18 April 2016

Hidangan berjadual





Di Kaferamlah kami mengutamakan hidangan sarapan yang pelbagai.

Di bawah adalah jadual hidangan :

1. Isnin - Meehun Goreng
2. Selasa - Makaroni Goreng bercili
3.Rabu - Mee Goreng
4. Khamis - Nasi Goreng
5. Jumaat - Nasi Goreng dan Meehun Goreng
6. Sabtu - Kueh Tiaw Goreng.


Nasi Lemak Bungkus





Nasi Lemak Bungkus di Kaferamlah sememangnya sedap kerana bungkusan di kekalkan menggunakan daun pisang.

Terutama pada yang ingin menjaga kelangsingan badan, nasi lemak bungus ini amatlah sesuai kerana ianya mengandungi nasi yg tidak banyak dan sambal yang secukupnya dan mengekalkan resepi melayu.

Kebiasaanya nasi lemak bungkus ini cepat habis kerana harga di Kaferamlah amat berpatutan. 

Nasi lemak bungkus ini amat sesuai untuk majlis yang kecil anda boleh buat tempahan dengan kami.


Kueh seri muka





Kueh seri muka adalah antara kueh tradisional melayu yang popular. Ia menjadi kegemaran semasa sarapan pagi dan minum petang. Tak kurang juga, ianya menjadi hidangan pilihan semasa majlis kerja kawin.

Kueh seri muka ini mempunyai dua lapisan. Lapisan bawahnya ialah pulut, manakala di atas yang merupakan inti, terdiri gabungan bahan, santan,kulit kayu manis,gula, tepung beras, tepung gandum, telur dan daun pandan.

Penyediaan di mulakan di bahagian bawah, pulut yang di rendam sehingga kembang selama 3jam, di kukus bersama santan.

Kemudian setelah lapisan bawah sempurna di letak bahan untuk inti dan di kukus lagi.

Di Kaferamlah kueh ini menjadi rebutan pengunjung untuk sarapan. Dan tak kurang juga pada pengusaha ketering membuat tempahan. 



Friday, 15 April 2016

Kueh Kosui / Kueh lompang



Kedua-dua kueh ini mempunyai persamaan dari segi bahan buatan. Tetapi sedikit kelainan pada bentuk hasilan setelah di peroses.

Kueh Lompang di sempurnakan dengan menggunakan acuan khas dimana bentuk kueh seakan cawan kecil yang comel. Warna coklat kehitaman diselaputi dengan kelapa parut sama seperti kueh kosui. Terdapat juga dalam warna yang lain, sepert warna hijau.

Nama lompang, di sesuaikan dari bentuk kueh yang ada sedikit lubang di tengahnya.

Kedua-dua kueh mengandungi bahan asas:
Tepung gandum, tepung jagung,gula merah,garam halus serta kelapa muda di parut isinya. Ada juga yang menggunakan tepung ubi dan beras.

Terdapat kueh kosui yang berwarna hijau ataupun di gelar sebagai kosui pandan. Bahannya sedikit berbeza, di mana juz pandan dan gula pasir di gunakan untuk menggantikan gula merah.

Gabungan bahan di atas di peroses, dan apabila masak, dicurahkan samaada pada loyang atau acuan, seterusnya di kukus, di biarkan sejuk ikut suhu bilik dan di keluakan untuk di salut kelapa parut utk disediakan.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, 14 April 2016

Kueh tradisional Melayu di Kaferamlah





Dalam budaya orang Melayu, kueh selalunya di kaitkan sebagai sampingan pada menu utama, iaitu nasi berlauk. Hakikat ini terserlah semasa tetamu di jamu juadah oleh tuan rumah. Dalam ertikata lain, ianya berfungsi sebagai "desert" dalam konteks permakanan oleh orang melayu.

Permakanan kueh juga di sesuaikan semasa waktu sarapan ataupun minum petang. Kueh tradisional Melayu juga ada kesamaan dengan kueh nyonya. Sekiranya ada perbezaan, ianya lebih mirip sebutan nama.

Kueh yang lazimnya manis membekalkan tenaga di waktu pagi hari sebelum memulakan kerja dan sebagai lapik untuk perut sementara menunggu makan malam.

Kueh teramat terserlah semasa di bulan Ramadhan dan terdapat berbagai bazaar yang di wujudkan seluruh Malaysia untuk di jual sebagai juadah berbuka puasa. Dalam masa ini juga banyak di kalangan hotel yang menganjurkan sesi berbuka puasa dengan sajian kueh yang pelbagai jenis.

Di Kaferamlah, dari Hari Isnin hingga Sabtu, kueh tradisional di sediakan dengan pelbagai aneka. Bermula dari seawal jam 6.00 pagi, secara purata kueh lazimya habis menjelang jam 8.30 pagi.

Kaferamlah juga menerima tempahan awal, membekalkan kueh pada pengusaha Katering dan Pejabat Swasta (untuk majlis mesyuarat).