Thursday, 21 April 2016

Kueh Lapis




Kueh Lapis begitu sinonim dengan kueh kegemaran kebanyakkan kanak-kanak. Saya masih ingat lagi dalam usia yang kecil (belum masuk sekolah rendah), kueh lapislah yang amat menarik perhatian saya.

Ini adalah kerana karekternya yang mempunyai warna belang antara putih dan merah. Pada masa itu, kalau makan kueh lapis, saya akan makan mengikut lapisan.

Kueh lapis di perbuat daripada kombinasi tepung gandum, beras dan jagung. Ianya di adun bersama santan dan pewarna. Kueh lapis ini di sempurnakan melalui peroses kukusan.

Mengikut setengah pihak, kueh lapis bermula dari negara Barat, di mana ianya di kenali sebagai, "Thousand Layer Cake". Pada asalnya, lapisan terdiri dari 18 lapisan, di perkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

Kini kueh lapis di dapati dalam pelbagai kombinasi warna dengan adanya lebih banyak pewarna. Tetapi yang tetap segar membawa seribu memori adalah yang berwajah lapisan putih dan merah.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment