Monday, 18 April 2016

Kueh seri muka





Kueh seri muka adalah antara kueh tradisional melayu yang popular. Ia menjadi kegemaran semasa sarapan pagi dan minum petang. Tak kurang juga, ianya menjadi hidangan pilihan semasa majlis kerja kawin.

Kueh seri muka ini mempunyai dua lapisan. Lapisan bawahnya ialah pulut, manakala di atas yang merupakan inti, terdiri gabungan bahan, santan,kulit kayu manis,gula, tepung beras, tepung gandum, telur dan daun pandan.

Penyediaan di mulakan di bahagian bawah, pulut yang di rendam sehingga kembang selama 3jam, di kukus bersama santan.

Kemudian setelah lapisan bawah sempurna di letak bahan untuk inti dan di kukus lagi.

Di Kaferamlah kueh ini menjadi rebutan pengunjung untuk sarapan. Dan tak kurang juga pada pengusaha ketering membuat tempahan. 



No comments:

Post a Comment